JITRA, 3 Feb (HPM) – “Saya langsung tidak menyentuh nasi selama tiga bulan selain saya berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis. Saya bertekad untuk ‘gila-gila diet’ untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal,” kata seorang eksekutif kewangan, Zam Raini Ahmad, 30, mengenai usahanya untuk menurunkan berat badan selepas dengan pelbagai produk pelansingan lain.
Ibu kepada dua orang anak itu berkata, usahanya untuk menurunkan berat badannya sebanyak 80 kilogram (kg) berbaloi apabila berat badannya berkurang sebanyak 21 kg selepas tiga bulan mengamalkan Jus Mate 5 (JM5).
Katanya, dia mula mengamalkan JM5 selepas tertarik dengan testimoni yang disiarkan dalam akhbar Harian Metro sebelum diperkenalkan oleh penajanya.
“Selain mengamalkan diet yang ekstrem, saya turut mencari info kesihatan dan pemakanan sihat dalam internet selain melakukan akviti ‘window shopping’ untuk membantu pembakaran kalori di dalam badan. Apabila waktu rehat, saya akan berjalan-jalan di pasar raya untuk menggantikan aktiviti senaman.
“Perkara yang paling untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan ialah disiplin terutama berkata berkaitan pemakanan. Tanpanya segala yang dilakukan yang sia-sia sahaja,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Beliau berkata, selain mendapat berat badan yang ideal, pendapatan turut bertambah apabila dia bergiat aktif dalam perniagaan HPM sejak lebih setahun lalu.
0 comments:
Post a Comment